Wednesday 18 May 2011

Kalaulah kita boleh jadi sempurna sentiasa kan?

Assalamualaikum..

Sebenarnya aku dah lama rasa macam nie, cuma selama nie aku hanya menafikan realiti saja. Aku mengaku. Dalam masa beberapa bulan yang lepas, aku jatuh. Dan tahniah buat mereka yang bahagia dengan kejatuhan aku itu dulu. Semoga tuhan memberkati hidup korang.*Doa ikhlas dari hati tau?.. :)

Mungkin aku turut bersalah dalam hal ini. Mungkin kesilapan aku juga. Itulah lumrah manusia. Atas beberapa faktor lepas aku breakup dan ditambah dengan hal-hal lain, secara rasminya aku rasa aku jatuh. Hidup bersama dengan mereka yang hanya mampu mengipas orang lain untuk kesenangan sendiri. Hidup dikelilingi dengan mereka yang bermuka-muka dan mementingkan diri sendiri. Hidup dengan mereka yang hanya kuat bersama dengan orang-orang bawahan yang sentiasa mengiyakan segala kelakuan meskipun benda tu tak baik. Hidup bersama dengan orang yang kononnya fikir mereka hebat dan berpengaruh besar. Hei! saya tahu awak banyak pengaruh. Tapi awak tak tahu sebenarnya, orang yang sanjung awak itulah yang akan tikam awak dari belakang. Aku cakap macam ni sebab aku nampak semua tu.. Dorang kipas kau, tapi ngutuk kau kat belakang.. Paling kelakar... Aku hidup dengan mereka yang setiap hari hanya mampu mencari salah orang lain dan cari jalan untuk jatuhkan orang lain.. HAHAHA!! *Sila ketawa dengan kuat sekarang. Sebab kalau aku, memang tak de masa lah weiii~~ 



Erm..Dihentam dengan orang sekeliling, aku menangis selalu. Jujur,, aku nie bukan jenis yang kuat. Aku agak rapuh walau hakikatnya mereka melihat seperti perempuan yang tabah, kuat semangat, positive thinking dan whatevaaa....... Tapi aku manusia juga. Waktu itu, aku memang lemah.. Tersangat lemah dengan pandangan dan kritikan dari manusia yang hanya tahu cari salah orang lain dan fikir mereka itu sempurna. Hah!! lawak sungguh,,

Aku mengaku.. Aku terlalu leka. Aku terlalu mengambil mudah. Aku terlalu pentingkan diri sendiri. Tapi mereka? Hanya mampu menilai aku dari sudut negatif.. Hei!!! saya manusia jugak macam awak tahu? Aku bukan jenis suka yang bergaduh. Aku jenis yang sayang kawan. Sampai kalau ada yang maki aku, aku masih lagi tidak melawan. Tapi aku cuma menangis.. Dan lepas berhari-hari aku menagis, esoknya aku masih lagi senyum pada mereka. walaupun mereka balas dengan jelingan maut mereka tuhh... Esoknya lagi aku cuba berborak dengan mereka, walaupun mereka buat tak tahu. Dan sampailah hari dimana mereka sambil tersenyum dan berkata...''Yaya,,,, kau boleh tolong aku tak??'' Aku menerimanya dengan senang hati. Tolong dengan rasa ikhlas dan tak minta dibalas. Sampai sekarang, konon2!!!nye keadaan kembali pulih..(konon2 je lahh...) Aku tahu, mereka masih bermuka depan aku. Bagi aku, aku tak kisah.. Asalkan aku ikhlas dan jujur dengan mereka. Aku jjujur, aku masih sayangkan mereka dan menghargai kehadiran mereka. 

Ada yang marah, kenapa ku masih baik dengan mereka meskipun mereka dah maki aku. Aku cuma senyum dan jawab yang aku tak pandai untuk membalas perbuatan jahat orang. Bagi aku, kalau orang bagi kita taik, kita balas jugak dengan madu. Kelebihannya untuk diri sendiri jugak. Mereka kata aku nak kipas mereka. Mereka kata aku hanya terhegeh-hegeh untuk berbaik dengan mereka. HAHA. Hello.. aku ada banyak kerja lagi dari nak memujuk rayu kamu tau? Cuma bagi aku, aku layan mereka semua selayaknya. Aku masih hormati mereka dan aku hanya mahu jadi profesional., itu saja, Dan jauh sekali dari statement nak terhegeh-hegeh dengan mereka. :)

THANKS A LOT MY DEAREST....::::::::::


nie Mr. Bubu aku.. I love him so much. Waktu aku menggeletar bila first time aku nak kene tumbuk, waktu tue aku baru couple dengan dia 3 hari. So hampir semua sedih, tangis aku pada bahu dia. Dan dialah orang yang lindung aku and selalu ada dengan aku. Lawak dia selalu buat aku bahagia.. Thanks sayang...:)


Ni Mr.Ajim. Sangat pendiam. Tapi melindungi ktorang macam adik2 dia. And aku memag dah anggap dia sebagai abang aku. Dengan dia aku share masalah sebab dia pendengar yang baik.:)


Nie aimy. or my dearest ACHIK!! Ilove her so much. suka membebel and suka cari gaduh dengan aku. Tapi kitorang semua sama-sama susah senang lalui hari-hari sukar kitorang. Aku sayang dia! Time aku sedih, dia teman yang baik untuk aku lupakan kesedihan. Thx dear!!


My dear Ira or ADIK... Sangat manja.. punn suka cari gaduh dengan aku. HAHA. Sebab dia sengat degil.. Bila dia sedih, dia akan cerita pada aku.. Walaupun hakikatnya aku tak mampun nak dengar semua cerita sedih tu, sebab kau sendiri akn jadi lebih sedih.. but its oky.. Sikap innocent n manja dia buat aku gelak je..

Hadi!! Nottyy boy.. HAHA. yang penting, dia nie tempat yang selalu buat aku ketawa dengan sikap dia tuh.. haha.. Plus, dia nie sweet. muke pun hot kowtt... aku bangga sebab aku jadi kawan dia.. boleh kerek ngn perempuan2 len yang aku ada kawan hensem. haha<---statement gatal!



Ida or ALONG.. dia nie... memang along aku. sangat matang. and hampir semua masalah aku cerita dengan dia. sangat menjaga adik2 dia. n im proud to be one of her sisters... walaupun dia suka marah dan bebel ngn kitorang.. haha..


Kami dah jadi semakin rapat dengan diri masing-masing. Kisahnya, yang selalu dihentam ialah kami 4 orang perempuan nie. Tapi yang lelaki nie pun turut kene tempiasnya jugak.. tu yang kesian tuh.. But, dorang macam tak kisah.. Infact, dorang selalu ada dengan kami dan support kami. Selalu bagi semangat dan komitmen yang best sangat. And dengan diorang 6 orang nie lah aku bahagia. Aku jadi kuat sebab dorang ada dengan aku tak kira susah atau senang. Aku dapat rasa kejujuran dalam hati diorang semua. Aku kuat demi mereka.. Thanks korang... Aku dapat rasa, yang ramai orang iri hati dengan kami.. Ramai orang yang cemburu dengan ikatan persahabatan keikhlasan kami... Dan aku tak peduli orang kata malah aku BANGGA!!! :)

oh! tak lupa... Awek comel nie....:::::::


Sab or sabby. kitorang berbeza dari luaran, lifestyle or pape je. Bagi aku, kitorang takda yang serasi. Dia nie. PELIK. haha.. sori yunk.. Tapi secara personalnya, aku sayang dia. sebab dia ada dengan aku dan bagi sokongan pada aku, walaupun secara lahiriahnya tak nampak.. Tapi aku dapat rasa keikhlasan dari dia. Paling kelakar, dia ni lah yang selalu marah aku bila aku buat salah.. haha..:)















Dari kiri, Ajim, Aimy, En.Bubu, aku yang comel, Hadi, Ira dan Ida..:


Kadangkala, kita rasakan hidup ini tidak adil. Sentiasa diberi ujian dan kesusahan untuk kita lalui. Kita menangis kerana sakit menahan jatuh. Tapi, selepas itu baru kita sedar, yang semua kepahitan tersebut hanyaklah sebagai ruang jangkamasa yang singkat untuk kita mendapatkan nikmatnya kemanisan. Melalui keperitan itu jugaklah, kita mendapat hikmah yang sangat indah untuk kita jadikan bekalan dalam menjalani sebuah ukiran kehidupan. :)




3 comments:

  1. bawak banyak bersabar ye..kadang2 bnde2 mcm ni mmg kita akan face..berusaha jadi kuat supaya dapat hadapi semua dengan tabah.insy, semua akan pulih semula :)

    Sudi2 la visit me @ frommetoyou eh..arigatou..(^____^)

    ReplyDelete
  2. yang penting ada kawan-kawan yang sentiasa bersama ketika susah & senang.


    ;o)

    ReplyDelete
  3. hidup, mesti berhati kental ye!
    kartun kt atas tu buat sndri ke? nice la...!

    ReplyDelete