Tuesday 10 May 2011

Kalau saya kata nak buat, maka saya akan buat.

Assalamualaikum.. uhuk-uhuk! nak naik berhabuk pulak blog aku nie.. haha.. okay, entry aku nie aku cume nak kongsikan sesuatu yang aku rasa aku patut kongsi. Sebelum tue, aku nak tanya.. Pernah tak korang rasa satu perasaan puas bila korang berjaya buat apa yang korang cabar untuk diri korang sendiri?? (kejap. kenapa ayat aku macam pelik nie? =_=) Senang cerita, korang berjayalah dapat apa yang korang nak? Haa.. Nie nak kongsi nie.. Aku rasa happy sangat-sangat sebab aku berjaya dapatkan apa yang aku nak!! (terlalu happy sampai golek-golek bahagia..)

Bukan apa.. Aku cabar diri aku sendiri untuk turunkan berat badan. Normal aku sebagai seorang perempuankan? Nak slim-slim aje.. Tak mau gemok-gemok!!! Alkisah dulu berat aku kira okey la juga. Dalam 55 Kg macam tu. Tapi bila start 2 bulan cuti semester lepas, berat aku naik mendadak jadi 62 Kg!! Yeahhh~ itu selepas aku menelan seekor gajah.. XD

Kejap.. Kenapa aku gemuk ek? Haa... First sebab.... salah aku sendiri aku banyak makan and sikit pun tak exercise.. hehe.. Second : Mungkin sebab aku couple dengan ex-boyfriend aku kot. Sebab dia agak dalam golongan yang berisi.. Tak gemok, tapi berisi sikit je..Comel tau. Aku panggil dia panda. Comel macam panda. haa.. tiba-tiba terasa rindu dekat dia.. (boleh pulak ekk??????) huhu..So.. dia pun tak berapa nak kisah sangat kalau aku gemuk. Dia kata okay je.. Maknanya, kalau dia dah kata okay, maka aku lagi double okay! Kesannya, gemuklah aku..

Tapi jujur, waktu tu aku rasa aku gemuk sangat. Bila naik semester, kawan-kawan aku dari jauh dah terkejut beruk tengok aku macam tue. Serious, itu merupakan mimpi ngeri aku. Baju-baju semua dah tak muat. Kalau aku pakai seluar jeans, terasa sendat and susahh sangat nak duduk.. Ugh~~ hate it!!! Then, bila aku kat kampus, banyak kerja sampai kadang-kadang tak sempat nak makan. Maka, berat aku turun 3 Kg dalam masa 4 bulan. Bila cuti semester kali ni, semangat aku nak kurus makin menjadi-jadi. Aku tak sentuh nasi dalam masa dua minggu. Setiap pagi aku akan berjogging and buat sit up. Hasilnya, berat aku dah jadi 52 Kg. Dan BMI aku ialah 21. Sangat ideal!! Seronok sangat rasanya.. heeee~~~(berbunga-bunga)

Okay, aku nak kongsi sikit dengan sesiapa nak kuruskan badan. Selain dari bersenam dengan jaga permakanan, nie ada petua untuk tampil langsing.

1. Korang mesti ada dorongan.
Seelok-eloknya dorongan dari diri sendiri. Korang kena yakin and semangat nak betul-betul kurus. Tapi, kalau dah namanya pemalas macam aku nie, korang boleh jadikan orang yang tersayang sebagai dorongan untuk korang. Macam aku, lepas aku putus dengan ex-boyfriend aku tue, aku couple pula dengan Mr. Bubu aku nie. Dia nie kurus, ada six packs and market jugaklah. (bukan nak bangga tapi cuma nak cerita yang betul.) Sebab tu, aku fikir aku nak kurus untuk nampak cantik. Biar nampak sepadan dengan dia. Dan hasilnya, alhamdulillah.. Aku berjaya dan aku yang dapat kelebihannya.

2. Rajin-rajinkan tengok laman web tentang kuruskan badan.
Ini fakta. Hasil dari kajian, kalau kita selalu tengok laman web berkenaan kuruskan badan, nanti kita sendiri terdorong untuk kuruskan badan. So, sambil-sambil korang layan facebook tue, bolehlah korang singgah jenguk-jenguk kejap dekat laman web kurus tu. Kot-kot ada maklumat yang kita boleh guna buat kuruskan badan.. kan???

3. Tengok gambar perempuan kurus!!!
Haha... Macam kelakarkan? Tapi itulah hakikatnya. Macam aku, aku selalu tengok video-video SNSD. Selalu tengok dance version diorang. Sambil-sambil boleh belajar tarian diorang, aku jadi semangat nak kurus sebab tengok pinggang diorang yang ramping-ramping tu nampak comel sangat! So, makin berganda-gandalah semnagat aku nak kurus. hehe...



see?? betapa kecilnye pinggang dorang. Nampak comel je. Kadang - kadang aku terfikir, normal tak diorang nie semua dapat pinggang kecik-kecik macam tu?? =_=''

Tapi walau apapun, saiz badan tu tak penting. Asal sihat, itu dah kira baik. Kalau nak cantik, tak semestinya kena kurus kan? Dan kalau orang dah cantik, semua yang dipakai semua nampak cantik. And yang paling best, kita semua nie tergolong dalam orang yang cantik... senyum.....:)

1 comment:

  1. wow!! bjaye kurus!sabass.! hahhaha...anyway..i pon ngah cube..hahaha..

    ReplyDelete